Pertanyaan saya kali ini mungkin dianggap terlalu mudah dijawab
oleh saudara Raai atau sesiapa yang telah mahir dalam bidang fotografi
ini. Namun bagi saya, sekurang-kurangnya menambah pengetahuan saya
dan pembaca laman ini yang baru berjinak-jinak dengan hobi yang
unik ini.
Apa yang menjadi kemusykilan bagi saya kali ini ialah filem ISO yang boleh
di "set"kan. Tombol "ISO" yang ada pada kamera "Canon EOS" saya
boleh dilaras dari 6 hingga 6400. Jadi ia boleh dilaraskan mengikut
keperluan jurukamera. Contohnya jika ISO asal 200 ia boleh di "push"
kepada 400, 1000 atau lebih!
Apa kepentingannya di sini? Situasi yang bagaimana harus kita menggunakan
kaedah ini? Benarkah jika kita telah mengubah ISO asal kita harus
memberitahu kepada pekedai gambar bahawa ISO telah di ubah?
Saya biasa melihat hasil kerjatangan jurukamera-jurukamera profesional
asing yang kononnya telah mengubah ISO asal kepada ISO yang tinggi. Dan
hasilnya amat mengkagumkan.
Sesungguhnya, saya masih amat mentah dalam bidang ini. (Sila betulkan
jika ada pertanyaan contoh saya yang salah). Jawapan yang bakal
saudara berikan saya dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga
usaha saudara untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saudara dengan
orang
lain ini diberkati Allah.
Jawapan:
Assalamualaikum
Ini bukan soalan mudah... :))) Malahan amat baik untuk diulas. Terima
kasih mengutarakan soalan ini.
Teknik ini dinamakan "PushUp". Ramai Jurufoto menggunakannya. Paling ramai
dari media yang melibatkan diri dalam PhotoSport. Menggunakan ISO 400
disetkan ke 1000. 800 ke 1600.
Umpamanya jika kawasan rakaman menunjukkan keperluan
fstop 5.6 dengan Shutter Speed hanya 1/60 pada ISO 400. Sedangkan pergerakan
ahli sukan memberi kesan kabur.
Tapi jika anda ubahkan ke ISO 1000 katakan telah berubah menjadi f5.6
dan 1/250. Maka pergerakan ahli sukan berlari akan di "matikan".
Keadaan keperluan teknik ini ialah ketika anda membuat rakaman di stadium
waktu malam yang memerlukan aperture atau shutter speed yang agak sesuai
seperti contoh saya diatas.
Semasa filem dihantar untuk di proses hendaklah diberitahu bahawa filem
itu telah di PushUp. Tidak semua kedai foto yang boleh terima. Kecuali
makmal foto yang professional. Terutama banyak di KL